Tuesday, January 3, 2012

Zaman Happy Aku Dah Berakhir.

 Hai ! .Okey. .Pertama sekali, aku nak bagitau cuti sekolah kali ni bagi aku, seronok la. sebab ? yala. .selama setahun ni jadual aku penuh gila dengan aktiviti yang dilakukan oleh seorang pelajar bakal PMR. .So, cuti kali ni, dengan tamak haloba gila aku menyelesaikan cuti aku yang berbaki untuk tahun 2011 yang lalu. .

Tapi sekarang ? apa sudah jadi ! Hari ni merupakan hari last aku menghabiskan masa dengan melahap depan lappy dan membuka kilang taik mata sebab lepas 12 jam nanti aku kena bangun dan bersiap untuk  melangkah ke pagar yang penuh keramat .

Di pagar keramat itu jugak, tersangat la banyak kenangan dimana, aku berdiri menunggu giliran sambil melihat jam di dinding pak guard sekolah aku untuk aku mengukirkan nama aku di buku yang hadapannya bertulis " Senarai Nama Pelajar Lewat Ke Sekolah" .

Aku ni sebenarnya, tak ada lah datang sekolah lewat pon. .Kalau nak diikutkan jam di tangan aku, tak pernah lagi jarum yang sering berputar itu menunjukkan pukul 7.30 . Tapi setiap kali time aku berdiri tegak dekat depan buku yang TERCUN tu untuk mengukir nama aku kat kertas-kertas yang terdapat dalam tu, mesti ja jarum yang berputar-putar tu menunjukkan pukul yang berbeza dari jarum di tangan aku. .tu yang buat aku Terlebih Hot tu. Sapa la makhluk yang AMAT baik hati yang selalu mempopularkan aku dalam buku 'CAP BUDAK FEMES' tu. .haishh .

Tapi, yang buat aku jadi lagi HOT tu, dalam buku 'CAP BUDAK FEMES' tu, aku kena bagi alasan sebab apa aku datang sekolah lewat. .So, aku kan nak jadi manusia yang jujur kata orang tua-tua. .So, aku tulis la alasan aku yang berbunyi macam ni :

ALASAN : " Jam sekolah tak betul. Cepat 4 minit. .Sekarang baru pukul 7.26 . "

Time aku tulis alasan macam tu, mesti ja kak-kak yang belagak segak dan berkuasa tu akan cakap

" Takan tu alasan ? "

Dan aku akan menjawab dengan bersungguh hati. "Kak. dah tu ja alasan saya. takan nak muhong kot ? "

Then, aku akan cepat-cepat melangkah pergi dengan langkah yang teramat sangat luas sebab aku takut bertembung dengan cekgu singa. pehh ! tambah-tambah time dia wear baju merah darah uh. .menggerunkan ! HAHA. .

Okey. okey. aku taw, aku dah berjalan jauh dari motif aku. .motif aku post kali ni cuma nak cakap yang ESOK DAH SEKOLAH !. .Tapi dari segi persediaan ? hancur ! okey. .Firstly, aku tengah cari tudung sekolah aku. .Lepas-lepas pergi ambil dekat kedai hari tu, aku sembunyi dekat mana ntah. aku lupa. .Dah la tanda nama aku pun ta letak lagi. .Haaa ! Cakap tentang tanda nama, tahun ni aku dah tukar tanda nama. .Dah jadi warna kuning. So, Aku dah matang la maksudnya ! hehe ^_^

cun dak nama aku ? HAHA.

Dari segi buku-buku aku pulak ? Erk. .Aku ta balut lagi. .Mak aku keja suruh tu ja. .Aku bukan tak mau nak balut. .Tapi, lagi kemas kalau tak balut sebenarnya. Ayat budak malas. .Tapi, tu bukan ayat aku sebenarnya. .Aku nak cakap , aku tak tau lagi cekgu nak guna buku mana. Kalau aku jawab macam ni kat mak aku, gerenti 2000% mak aku suruh aku balut sekarang tu jugak buku-buku tu. Sebenarnya, aku ta sediakan lagi buku-buku aku tu. maseh dalam plastik. HEHE

Naseb baek buku-buku aku warna warni, tada la aku boring mengadap. HAHA

Okey. .baju sekolah aku ta siap lagi. .tataw la sempat siap ka tak esok ! aduihh. .susah sungguh buat last minit macam nie. .Barang-barang sekolah aku tahun ni, semuanya adalah PINK boomgedebaboom. .cun melecun aih ! .warna dia ja la. .barang-barang dia ? ala .bagi aku cun la jugak. .yala. .aku mana guna beg-beg berjenama an. .jenama yang aku guna pun jenama " canggih" ja. pernah dengar ka jenama tu ? HAHA. kalau tak penah, maknanya aku sorang ja la pernah dengar. sebab aku yang reka jenama tu ! HAHA.

Kawan aku tengok aku bawa beg ni time pegi sekolah beberapa hari lepas, dia gelakkan aku.
Apa la yang lawak sangat haa ? -.-' .HAHA

Bubye. .Nak kena pegi sekarang. .Masa untuk Twitter dan Facebook pulak !

Untuk esok :
Goodbye dashboard. Hello whiteboard.
Goodbye facebook, Hello Textbook.
Goodbye twitter, Hello teacher !

1 comment:

Aimi Syakira said...

Hahaiii!Cute nye blog ni pinky2...selamat bersekolahh!:) btw,i dah follow blog u !